Buku Aktiviti KAFA/SRA ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran terbaharu yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri. Ia diolah untuk memenuhi sesi pengajian dalam satu tahun. Aktivitinya dibuat bagi membolehkan murid mengenal, menyebut, membaca dan menulis dengan lebih cepat dan mudah. Setiap tajuk disertakan dengan latihan objektif subjektif yang sesuai mengikut tahap kemahiran dan kebolehan murid di samping dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam pendidikan agama dan moral dalam memartabatkan nilai warisan Islam selaras dengan visi kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Buku ini amat sesuai digunakan di Sekolah Rendah Agama dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Subtotal:
RM0.00