Buku Contoh Karangan untuk PBS & PBSMR ini dihasilak berdasarkan format yang terbaharu Kertas 2 Bahasa Malaysia ( Bahagian C) untuk persiapan para calon yang bakal menghadapi peperiksaan.
Contoh Karangan yang terdapat dalam buku ini, terdiri daripada dua jenis, iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat. tajuk-tajuk karangan yang dikemukakan adalah berdasarkan tajuk yang kerap disoal dalam peperiksaan.
Pelajar-pelajar akan dapat mempelajari dan memahami cara-cara menghasilkan sesuatu karangan berdasarkan model-model karangan yang telah ditunjukkan. Rangka karangan juga diberikan bagi setiap model, untuk membolehkan pelajaran-pelajaran menguasai kemahiran merangka isi-isi karangan sebelum menulis sebuah karangan yang lengkap.
Soalan-soalan latihan juga diberikan bagi setiap tajuk untuk membiasakan pelajaran-pelajaran dengan soalan peperikasaan. Pelajar-pelajar boleh memilih tajuk yang sesuai dan menulis karangan untuk disemak oleh guru masing-masing.
Adalah diharapkan buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan. Namun begitu, pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 juga digalakkan menggunakkan buku ini sebagai persediaan awal menghadapi peperiksaan.