Buku Memindahkan Maklumat dan Membina Ulasan UPSR disusun berdasarkan format terkini Kertas 2 UPSR Bahasa Malaysia (Bahagian A & Bahagian C). Buku ini merangkumi Panduan Menjawab Bahagian A (Memindahkan Maklumat) dan Bahagian C (Membina Ulasan). Contoh-contoh jawapan bagi menjawab Bahagian A dan Bahagian C ini diberikan, agar murid-murid dapat memahami bentuk jawapan yang sesuai sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Berdasarkan contoh-contoh jawapan itu, murid-murid mendapat satu gambaran untuk menghasilkan jawapan yang baik bagi Bahagian Memindahkan Maklumat dan Membina Ulasan. Adalah diharapkan buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Namun begitu, murid-murid Tahun 4 dan 5 juga boleh menggunakan buku ini sebagai persediaan awal menghadapi peperiksaan.
Subtotal:
RM0.00