Lembaran Kerja -Seni Visual-Tahun 4&5
- Posted by admin
- On October 2, 2015
- 0 Comments
Buku-buku dalam Siri Lembaran Prasekolah ini ditulis khusus untuk kegunaan murid pada peringkat prasekolah. Buku-buku ini disusun berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kandungan buku-buku ini disusun selaras dengan peringkat perkembangan murid serta mengambil kira perbezaan antara murid. Pelbagai latihan menarik disediakan untuk membolehkan murid memperoleh konsep dan kemahiran asas bagi setiap mata pelajaran serta menggalakkan komunikasi dalam kalangan murid.. Buku-buku ini juga berupaya memperkembang potensi murid secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta diharap dapat mencapai objektif pembelajaran yang optimum dan efektif seperti yang dihasratkan.
Ciri-ciri utama Buku Lembaran Prasekolah:
- Ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Kementerian Pendidikan Malaysia
- Mengandungi pelbagai tema yang menarik dan bersesuaian dengan tahap pemahaman murid
- Mengandungi pelbagai latihan yang sesuai untuk menggalakkan murid berfikir dan meneroka
- Aktiviti disusun daripada mudah kepada kompleks
- Menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas
- Mengandungi ilustrasi yang menarik
- Disertakan 2 buah buku bonus percuma untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, English, Sains dan Matematik (6 Tahun)
ISBN – 978-967-459-390-2