Siri Asas Minda ini disusun berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR ) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku-buku ini ditulis untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 dan meliputi mata pelajaran Bahasa Malaysia, English, Sains, Matematik, Bahasa Arab, Pendidikan islam, Belajar Jawi Baharu dan Tilawah Al-Quran.
Latihan-latihan dalam buku-buku ini disusun mengikut aras kemahiran yang ditetapkan serta mengandungi contoh soalan-soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan i-THINK. Latihan-latihan ini juga menepati cara penyoalan yang sebenar dalam peperiksaan dan melibatkan murid secara aktif. Jawapan juga turut disediakan untuk memudahkan murid memahami cara menjawab soalan. Buku-buku ini diharap dapat mencapai objektif pembelajaran yang optimum dan efektif seperti yang dihasratkan.
Ciri-ciri utama Siri Asas Minda:
- Ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kementerian Pendidikan Malaysia
- Mengandungi pelbagai latihan yang sesuai untuk menggalakkan murid berfikir dan meneroka
- Aktiviti disusun daripada mudah kepada kompleks
- Mengandungi contoh soalan-soalan KBAT dan i-THINK